Arigatok anda semua ! :)

Tuesday, March 29, 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ....


-________________-

Panjang betol salam aku bagi tu . Kalau sape tak jawab memang nak kena sula dengan aku . Okeh , tujuan aku menaip entry ini adalah untuk memberitahu tentang kegundahan jiwaku ini. Cewahh . Yelah , korang nak tau tak otak aku sekarang ni tengah berserabut dengan macam-macam benda yang nak kena submit dalam waktu terdekat ni. Mana bole macam tu. Aku nak bersenang-lenang jugak . Adoiyaii . Report amali dah la banyak , tambah pulak dengan assignment , and then ada pulak kena buat Rancangan Perniagaan. Tau tak macam mana nak buat benda alah tu ? Aku sampai dah fed-up nak buat sebab balik-balik benda sama jugak . Kena tau operasi projek , kos pengendalian la , kos pemasaran la , jenis perniagaan ,strategi perniagaan , bandingkan dengan pasaran semasa. Arggghhh ! WTF man ! Lepas tu , kena buat projek rekacipta la pulak . Ingat aku ambik engeenering ke kat sini ? Hello , i amik Food Farming Management ok ! Atau dalam bahasa malaysia orang cakap Pengurusan Perladangan Makanan . Kau nampak tak ada unsur-unsur rekacipta kat situ ? Grrr . Aku dengan group aku buat benda paling simple je lah . Mesin perah santan . Nanti dah siap aku tunjuk . Tapi masalahnya barang nak buat benda alah tu pun tak beli lagi . Memang nak mampus la kau tikah . 


Lebih kurang macam ni la keadaan aku skarang . Nazak dah kan ?

Tak cukup dengan tu , ada lagi projek keusahawanan pulak . Masak-masak pastu jual . Yang ni memang la best tapi aku benci time part nak buat report . Malas gila kot . Haisshh. Hari tu dah buat tart nenas . Sebenarnya boleh untung banyak tapi sebab kitorang malas nak picit acuan tu , so sikit je la tart tu yang cantik ghopenya . Yang lain sume main bulat-bulat pakai tangan pastu bakar . Dah rupa die hodoh sape la nak beli mahal-mahal kan . Terpaksa la jual murah yang tak cantik tu .Pemalas sungguh . Haha. Esok pulak buat kerepek ubi berperisa kari . Sedap tak sedap tu taktau lagi . Tapi mintak-mintak jadi la kan . Lagi 2 lagi projek kitorang is buat satay goreng & aiskrim . Tak sabar pulak aku nak buat yang satay tu . Hehee. Eh, lupa nak tambah satu lagi kestressan aku . MUET ! Next week dah start speaking test . Tah apa la aku nak mencarut kat sana nanti . Wish me luck ye korang . Plishhh ! (^^,) . Okeh la , aku pun blur dengan motif aku taip sume benda alah ni tapi yang penting ini saya punya hati ha , ada sikit senang wo pasal saya suda stoli moli sama lu olang. Telima kaseh ha lu olang . Lu baca ka tala baca ka , wa tala kesah wo . Janji ini wa punya hati ha ada lapang jugak . Tengkiu sikali lagi ma . Wa sula manyak ngantuk , mau tilo lulu . Babai ha . Muah muah dali saya ! :D

yezza ! serabut hilang , jiwa tenang . :)


2 comments:

  1. lamanya tak singgah sini... kamu adalah folower terawal blog penyu ! :)

    ReplyDelete
  2. meh laa singgah selalu . hehee . owh , yeke ? tengkiu2 :D

    btw , congrates sbb dah ada 500 follower . haii , bila lah sy pulak nak dapat follower byk macam tu .=.=

    ReplyDelete