Arigatok anda semua ! :)

Saturday, February 26, 2011

DOWN !

Alahai Blok H ! -____-

Sekarang ni tengah musim Sukan Uniputra kat kampus. Dan setakat ni untuk outdoor games Blok aku tak menang satu hape pun. Badminton je dapat no. 2 untuk single & no. 3 untuk double. Teruk sangat ke blok aku nih ? Sedey laa macam ni !!!! Nak harap budak junior pun hampeh. Apasal laa mundur bebeno blok aku ni ? Stress berat ! Maybe bagi korang ni hal kecik tapi bagi aku kes ni dah setaraf dengan masalah negara tau tak ? Haii, kesian sungguh sama kamu Blok H . Aku dah buat setakat yang mampu untuk bagi kau menang tapi apa mau buat. Memang kau dah ditakdirkan kalah teruk jatuh menjunam sem ni . Bersabarlah ye. Mintak-mintak acara balapan boleh cover kekalahan ni. Kalau tak malu aku nak ngaku blok. Kehkeh. Go Blok H ! Go Odonata ! 

COME ON LA BLOK H ! JANGAN NAK LEMAU SANGAT !

*korang yang comel lote cantik manis kacak sasa segak bergaya , tolong la doakan Blok H aku ni menang acara balapan ye. PLIZZZZ ! :))))

Friday, February 25, 2011

Aku , Dia & Vintage Photo Contest !

Assalamualaikum bloggers !
Tadi jalan-jalan kat blog Kom & The Typewriter , pastu nampak la contest yang en. kamarukom ni. Ekceli, aku dah banyak kali nampak pic pasal contest ni tapi tak dapat seruan lagi nak join. Hehee. So, oleh sebab aku tengah bosan gila babi babeng ni, maka saya Cik Chokot dengan rela hati suci murni tulus ikhlas dari hati ingin menjebakkan diri dalam aku,dia & vintage photo contest ini ! Kehkehkeh..

Orait, syarat-syarat eh sonang yo. Kalau nak tau check sendiri kat sini ye [link] . Jadi , gambo yang aku pertaruhkan untuk contest ini adalah seperti di bawah.Ada 2 keping. Pilih jangan tak pilih ye en. kamarukom ! :)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


ni yang ori punya


dan ini yang dah diedit !
aiseyman , huduh semacam pulak -___-


Time ni kat Port Bintulu. Kitorang pegi tengok festival layang-layang kat sana. Cun gila layang-layang kat situ wa cakap lu ! Fuhh ~ Ok, ada lagi satu pic menyusul di bawah. Cekidaud !


original

after edit :)


Eh, nak letak satu lagi boleh tak ? Tetiba rasa macam nak hantar 3 pic pulak. Kehkeh..Boleh ye tuan punya contest ? :D

original



selepas diedit


Ok, tu je..Hehee ..Aku tak pandai sangat la nak edit-edit ni. Tapi demi polaroid camera tu, aku gagahkan jugak picit tu picit ni untuk menghasilkan gambo sedemikian..Kehkeh :p Oh, tak tengok lagi kan hadiah die. Meh sini nak tunjuk. Konfem kalian tergoda. Cewahh ! 

SAYA MAHU INI !


Comel gila kan ? Cool habis la kalau aku menang contest ni. Cewahh, terperasan sebentar. Hehee. Kalau korang pun nak hadiah ni silalah join contest Aku, Dia & Vintage Photo Contest ni. Tapi aku nasihatkan tak payah la sebab nanti makin ramai pulak pesaing aku. Cannot go la camtu ! Kikiki. Okeh, tu je. 

p/s : agak-agak boleh menang tak ? cakap la boleh. PLEASE!!!!!!!


Wednesday, February 16, 2011

No Title...

Tadi bukak Facebook nampak kat wall abang MPP si Hanif tu dah upload pic perarakan Maulidur Rasul pagi tadi. Siap edit lagi. Rajin bebeno laa die ni. So, dengan bangganya boleh laa aku cilok pic banner Blok H tadi. Hakhak ! Alaa, 1 je pun. Tak kuasa aku nak upload banyak-banyak. 

Amacam ? Lawo kan..hikhik~
Tapi tak menang pun perarakan tu. Ceytt. Penat-penat wat banner tu tetiba tak menang pulak. Takpe laa, ak ikhlas berarak tadi. Menang tu bonus je. Kalah sekali bukannya aku akan kalah sampai mati kan. Ceh, ayat nak sedapkan hati memang cenggitu. Korang paham kan perasaan aku . Sobs sobs. Eh ! Even kalah perarakan tapi blok kitorang juara pertandingan pentomen tau ! Wink wink *o* . Congrates Odonata ! :D


Hurmm, tetiba aku rasa konflik jiwa pulak. Tak tau dari mana hala datang. Yang pasti jiwa aku tengah kacau. Takpe laa, bukan ade orang kesah  pun. Ok, aku stop kat sini kemerepekan aku. Adios ! 



Tuesday, February 15, 2011

Kehampehan 2 Makhluk Perosak &&& Salam Maulidur Rasul

Alhamdulillah . Sempat jugak aku hidup untuk sambut lagi hari keputeraan Rasulullah ni. Pagi tadi baru je join perarakan Maulidur Rasul kat Pusat Islam. Gempak betol blok aku berarak tadi. Siap isi pasir + batu dalam botol mineral nak bagi muzik sikit sambil selawat tu. Hehee . Rasa bersemangat pulak nak selawat bila buat camtu. Semalam dah la tak tido pasal nak siapkan banner untuk perarakan tu. Adess. Dah macam panda dah mata aku ni. Ingat  nak eksyen sikit kat korang nak tunjuk pic kitorang dengan banner yang cun tu tapi apakan daya gambo semua takde kat aku. Nanti-nanti la aku tunjuk. Ok, tadi aku saja la nak Google carik pasal kata-kata nasihat dari Rasulullah. Tetiba jumpa satu page ni. Aku tengok ada 2 makhluk yang mempertikaikan kewujudan Rasulullah sebagai pembimbing umat Islam. Mereka ialah si hampeh Horemheb & kafir4ever. Macam menyirap pun ada bila baca komen diorang ni. Meh cekidaud apa yang kafir-kafir ni cuba lakukan untuk persoalkan kerasulan Baginda.


Start dari si Ben ni. Dia kata dalam banyak2 quote yang ada die suka yang kat bawah ni .

ben_elias
MemberPosts: 101
Registered: Jul 2005
 posted 29 August 2005 11:08 AM     Click Here to See the Profile for ben_elias     Edit/Delete Message   Reply w/Quote
This one caught my eye:"Paradise is nearer to any of you than the strap of his shoe, and so is the (Hell) Fire."
Which is true.
God bless,
Benjamin Elias
zaki_boxing@yahoo.com




Pastu tetiba datang pulak si hampeh ni. Die suruh buktikan pulak kebenaran kata-kata kat atas tu.

Horemheb
MemberPosts: 2231
Registered: Jan 2004
 posted 29 August 2005 11:29 AM     Click Here to See the Profile for Horemheb     Edit/Delete Message   Reply w/Quote
ben, can you prove that?
IP: Logged


Muncul la sorang penyelamat iaitu si angel ni. Die kasi patah itu Horemheb punya hujah dengan suruh si hampeh tu try untuk sangkal kebenaran kata2 tadi.

everyday_angel
MemberPosts: 135
Registered: Jul 2005
 posted 29 August 2005 12:03 PM     Click Here to See the Profile for everyday_angel     Edit/Delete Message   Reply w/Quote
quote:
Originally posted by Horemheb:
ben, can you prove that?
Can you disprove it?
IP: Logged



Tu dia! Panjang berjela si Ben ni explain. Tak paham translate sendiri kat  Google Translate ye.

ben_elias
MemberPosts: 101
Registered: Jul 2005
 posted 29 August 2005 01:39 PM     Click Here to See the Profile for ben_elias     Edit/Delete Message   Reply w/Quote
Hi Horemheb,Thank you for your response.
Concerning the verse about "Paradise is nearer to any of you than the strap of his shoe, and so is the (Hell) Fire." Which I said is true you would like proof. I cannot give you physical proof as I have no photos or any testimonials but what we do have is religion.
Mohammed says that both paradise and hell is nearer to you than your shoe strap, he is obviously taking in figurative language which means that both paradise and hell are closer to you in what spiritual terms than in physical terms.
Both Jesus and Mohammed both commanded that the followers first follow God and first seek heaven and everything is else is of little value. However, this being said it must come to mean that heaven and hell have a significant purpose and it should be closer to you than your shoe strap ie: your heart and your mind.
In conclusion, the ideals of hell and heaven is ‘closer’ to the believer as he believes that God will judge them accordingly and this is imprinted on their heart and minds, which is closer than a shoe strap will ever get. Christ has risen!
God bless,
Benjamin Elias
Zaki_boxing@yahoo.com

IP: Logged


Tapi si hampeh ni tetap dengan kehampehan dia. Die suruh pulak terangkan apa soul (jiwa) tu . Die nak suruh buktikan macam mane jiwa kita terus hidup even kita dah mati. Hai, sabo jela.

Horemheb
MemberPosts: 2231
Registered: Jan 2004
 posted 29 August 2005 01:46 PM     Click Here to See the Profile for Horemheb     Edit/Delete Message   Reply w/Quote
ben, We all struggle with those issue and my comments were designed to provoke thought. Let me ask you....can you define the soul? what is it? Where is it?
IP: Logged


Pastu banyak lagi si Horemheb ni soal.Tak puas hati dengan jawapan yang orang laen bagi. Ada je die nak cantas. And after that muncul pulak kafir4ever ni. Die ni lagi haram jadah. Dok hina2 nabi pulak. Cakap yang ajaran Nabi Muhammad lebih banyak bawak keburukan dari kebaikan. Die jugak persoalkan kalau kita yang tentukan apa pengadilan yang kita dapat which is neraka or syurga, kenapa kita perlukan Muhammad sebagai nabi untuk bimbing kita. Siot sungguh kan ? 


Ni la die si kafir tu. Nampak sangat ni muslihat kafir yang nak sesatkan umat Islam dengan konfiuskan kita tentang Rasulullah. Tapi aku rasa kalau semua umat Islam tau sejarah Nabi kita ni, kita tau yang hujah si kafir ni sume tak bole pakai. Nabi Muhammad memang seorang yang peribadinya sangat-sangat terpuji. Setakat apa yang si kafir ni tulis rasanya kita boleh bidas lagi.


kafir4 ever
MemberPosts: 39
Registered: Aug 2005
 posted 29 August 2005 11:38 PM     Click Here to See the Profile for kafir4 ever     Edit/Delete Message   Reply w/Quote
Everyone has good and bad points. Even the worst criminals have said and done something good in their lives. For example Hitler was not a womanizer. He was a faithful man. Does that make him a good person? Muhammad claimed to be a messenger of God. He is supposed to be the guidance to humanity. If it is up to us to sieve between the good and bad and use our own judgment to choose, why we need him?
In Iran they used to interview the criminals in jail and transmit it in the radio. at the end always these criminals had good advises for the youngsters. Muhammad said many good things but he did not follow his own advice and did very bad things. Someone who claims to be a divine guidance to humanity and infallible must be infallible and a guidance to humanity all the time. If you have someone who sometimes tell you the right thing and other times tells you the wrong thing, would you still trust him? Who is to determine what part of Muhammad’s teachings are to be followed and what part are to be discarded? You have a different value system than Mullah Omar. Each one of you chooses what he pleases from the Quran according to his preferences and values. Can you still say this book is a book of guidance? If there is one single error in anyone’s teaching who claims to be an infallible guide from God that person is no more an infallible guide. In the case of Muhammad there are more bad teachings than good. How can any intelligent person consider such a man as a messenger of God?

IP: Logged


Tu je la yang ada. Takde orang yang komen lagi pastu. Bila fikir balik aku takut dengan umat Islam yang still jahil lagi pasal Allah dan Rasulnya ni. Jangan tak percaya kalau aku cakap masih ada orang Islam yang tak tau sejarah Nabi Muhammad ni. Siapa baginda & apa peranannya. Nama penuh Rasulullah pun ada yang tak tau. Kalau macam ni la alamatnya senang bangat la makhluk perosak macam si kafir4ever tu nak sesatkan umat Islam. Haiiiii ~

Semoga iman dan akidah kita sentiasa terpelihara. Sunnah Rasulullah kalau diamalkan banyak manfaatnya kat kita. Kalau tak bole buat semua buat yang mana mampu cukup la. Syafaat Rasulullah nak dapat kat akhirat nanti tapi sunnah baginda taknak ikut, ajaran baginda kita tolak. Tak bole laa macam tu kan ? Ok , sampai sini je aku mampu. Semoga kita bole ikut peribadi Rasulullah yang terpuji tu. Chokot Singh Walia cakap kalau tak ikan patin masak tempoyak , at least dapat kuah die pun jadi la kan. Cenggitu la perumpamaannya. Hehee. InsyaAllah ~


Salam Maulidur Rasul ! :)

Yeay ! Die Dah Update ! :D

Ini entry bodek. Harap maklum. Hakhak !

Takde laa. Aku jujur & ikhlas masa taip entry ni ok. Tiada yang benar melainkan benar-benar belaka. Ekceli , dah berjanggut aku tunggu Inchik Zack ni update blog die . Berbulan-bulan jugak laa die tak update blog . Tetiba petang tadi beliau telah mengupdate blognya ! Alahai , alangkah gumbira hatiku ini. Kehkehkeh. Aku ni minat amet tamet dengan blog Realiti Konspirasi die tu . Terbaek wa cakap lu ! Tak paham ek amet tamet tu apa ? Alaa, maksud die macam minat sangat-sangat la . Tu bahasa jawa . Belajar dari member aku si Fadz la ni . Hahaa . Ok,pasal blog Inchik Zack tu balik. Aku selalu jugak berblogwalking ni tapi jarang betol nampak blog Inchik Zack kat blog orang. Tak banyak blogger yang letak blog si Zack ni kat list blog yang diorang suka nak terjah. Padahal follower Inchik Zack ni dah 17127 kot ! Bapak laa banyak . Fuhh ! Tapi blog die memang superb pun . Die selalu lukis katun-katun comel pastu entry die pun gempak-gempak. Senang cite memang perfect laa !

Ni laa tuan punye blog. Dah berpunya ok ! Takyah nak gatal. Hakhak !

Sikit pasal Zack Zuhairi ni , Dio ni student engineering kek Jopun sano tu. Oghang kampung den kek Somban tu ha . Hehee. Nak bangga sikit laa sebab die orang nogori. Wakakaa.  Apa yang aku suka sangat kat blog die ni sebenarnya sebab bahasa die tu macam dekat je dengan kita and seolah-olah die tengah cakap dengan kita. Tu aku feeling sorang-sorang laa. Orang laen i dok no. Kehkeh. Lagi satu entry die pun berisi. Takde laa asyik nak luah perasaan je macam sesetengah blogger kan. Ok laa, penat dah bodek Inchik Zack. Kena belanja aku Char Kue Teow ni Zack ! Hahaa . Kalau korang curios sangat nak tau sapekah gerangan jejaka yang aku dok puji melangit ni moh le kita terjah blog beliau Realiti Konspirasi . Copek ! Barang baek aku promote ni ! :D


p/s : Mintak ampun En. Zack sebab cilok pic hang kat Fb . Hehee :p

Sunday, February 13, 2011

Syukurlah Aku Tak Cantik !

Saya bersyukur saya tak cantik sebab......

kerana saya tak cantik
saya tak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya

kerana saya tak cantik
saya terpelihara dari pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya

kerana saya tak cantik
saya selamat dari menjadi senjata iblis untuk mencairkan hati lelaki

kerana saya tak cantik
saya tak mendapat fitnah dan cemburu wanita-wanita lain

kerana saya tak cantik
saya tak terhanyut dek pujian orang tentang kecantikan saya

kerana saya tak cantik
saya tak mempunyai couple jadi saya selamat dari dosa bercouple

kerana saya tak cantik
saya akan menemui orang yang menyayangi saya sedanya tanpa melihat pada kecantikan fizikal

dan paling penting , kerana saya tak cantik
saya sentiasa cuba untuk jadi cantik pada pandanganNya sebab cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa dibandingkan dengan pandangan Dia.......

Bila nak kawen ni ? HAHA ! gedik suda ~  *__*
nak anak macam ni boleh ? OK,STOP IT ! aku dah lari topik -___-

Thursday, February 10, 2011

Bila Manusia Takde Akal ...

R.E.S.P.O.N.S.I.B.I.L.I.T.Y  a.k.a  T.A.N.G.G.U.N.G.J.A.W.A.B 
Pelik laa kenapa orang suka abaikan tanggungjawab ?
Tak rasa bersalah ke kat orang laen ?

Bapak abaikan tanggungjawab pada keluarga
Mak abaikan tanggungjawab pada anak-anak 
Anak lupa tanggungjawab pada mak bapak
Suami abaikan isteri
Isteri abaikan suami

Tu baru dalam family . Kalau kat tempat kerja or kolej ?

Ketua tak jalankan tanggungjawab
Ahli kumpulan tak bagi komitmen
Ada ahli lepas tangan tak buat kerja
Satu kumpulan tak ambik peduli tanggungjawab masing-masing

Yang tu kat dalam organisasi pulak . Boleh maju ke organisasi tu kalau ade makhluk perosak macam ni ?


Aku pelik dengan spesies macam ni . Tanggungjawab tu kan amanah . Kalau dalam Islam , ciri-ciri orang munafik termasuklah orang yang tak amanah . Tau kan orang munafik tu macam mane ? Alah, orang yang suka berpura-pura . Berpura-pura beriman padahal hati kufur pada Allah S.W.T . Tak tau ke perbuatan diorang tu menyusahkan orang laen ? Suka ek susahkan orang ? Haisshh , penat laa fikir pasal orang tak bertamadun macam ni . Semak otak je . 

Ciri-ciri orang munafik
  • Bila berjanji , dia mungkiri
  • Bila bercakap , dia berdusta
  • Bila diberi amanah , dia khianati

Agak-agak korang ade tak kat dalam mana-mana golongan tu ? Mintak simpang malaikat 44 la kan . Haii ~


p/s : tengah emo sebab kesian kat member dapat kumpulan dengan orang yang tak bertanggungjawab ni . grrrr !

Wednesday, February 9, 2011

Bersedia La Untuk Mati Jika Anda Kehilangan Pen !

Ha ! Cuak tak baca tajuk kat atas tu ? Ape ? Tak percaya ? Aku cakap benda betol ni . Muka suci macam aku ni mane pernah tipu der . Hahaa ! Okeh , nak tau aku ni penipu ke tak jom cekidaud benda alah kat bawah ni . Kalau aku betol korang belanja aku char kuew teow satu .Satu je pun . Tak payah nak kedekut sangat. Set tau ! Jangan nak buat-buat hilang ingatan pulak karang . Aku luku kepala sorang-sorang . Kuikuikui ...


-Ihsan Google-
Kau hilang pen = takde laa pen
Takde pen = tak dapat buat nota
Takde nota = tak boleh stadi
Tak stadi = fail laa exam
Fail exam = takde dip/degree
Takde dip/degree = tak dapat kerja
Takde kerja = takde laa duit
Takde duit = tak dapat beli makanan
Takde makanan = kurus laa
Kalau kurus = tak cantik
Bila tak cantik = takde orang nak
Takde orang nak = tak kawen laa
Kalau tak kawen = takde anak
Takde anak = tinggal sorang-sorang
Sorang-sorang = stress laa hidup
Bila stress = dapat penyakit
Dah sakit = tak lame lagi mati laa kau  :p


HAHAA ! Ape macam ? Tak caye lagi cakap aku ? Wakaka . Dah sedar dah betapa penting pen korang tu .Kalau hilang pen tu maknanya hidup kau tak lama la tu. Maybe 3 kali jumaat lagi kot . Wakaka ! :p


Pesanan khidmat masyarakat : kalau nak beli pen , beli sekali sedozen . at least lambat sikit nak mati  :D




Monday, February 7, 2011

Assignment + Report = Sewel -__-

3 entry aku kat bawah ni sume pasal join segmen blogger laen kan ? Dah macam hape dah blog ni . Hehee ~ :p

Ekceli , aku tak bole nak update blog selalu sangat laa . Sebabnya adalah REPORT MELAMBAK SAMPAI DAH TERMUNTAH !

T___T

Benci betol laa . Kalau laa aku rajin sikit masa cuti CNY aritu ,mesti skarang dah boleh rilek makan honey stars sambil tengok Vampire Diaries kan ? Ni tak , esok nak hantar malam ni baru tergedik-gedik nak siapkan report amali sume tu . Dah laa banyak ok ! Satu hape pun tak stadi lagi ni untuk test . Kang hari Rabu nanti baru laa nak tengok nota . Tu pun tah ade ke tidak tak tau laa . Aku lupe dah mana aku campak nota tu . Haisshh -___-
Teruk betol laa perangai . Bile nak hijrah jadi baek ni Tikah oii ? Okeh , penat laa marah diri sendiri ni . Karang aku buat jugak balik . Baek takyah kan ? Hehee ~

Sekarang dah nak dekat pukul 2 pagi . Esok kelas pukul 8 pagi ! Doa-doa laa aku boleh bangun ye esok . Al-maklum laa dah biasa sangat time cuti bangun lambat. Sampai ketemu lagi . Adios , amigos ! :D

GEGAR 1000 BLOG OLEH BEN ASHAARI !





SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Tergugat ? Jom GeGar ! 

Saturday, February 5, 2011

SeRiUs !

Assalamualaikum .

Nak cakap taip sikit ni . Sekarang dah pukul 3.20 pagi . Kenapa aku tak tido lagi ek ? Kan bagus kalau aku tak tido sebab buat assignment yang melambak-lambak tu . Takpun buat report amali yang dah lama merayu suruh aku cek cek cekidaud diorang . Tapi kenapa blog jugak yang aku bukak ? Kenapa Facebook jugak yang aku cekidaud ? Takpe , aku tak suruh korang fikir pun sebabnya . Sebab aku pun tak boleh nak fikir . Ini kan pulak korang yang takde kena mengena dengan kepala otak + kemalasan aku ni . Ok , aku dah terlalu jauh terpesong dari kehidupan realiti ni . Maka dengan ini beta isytiharkan bahawa mulai esok , eh salah , mulai siang nanti sampai ke malam , aku taknak bukak blog + facebook . Aku nak belai-belai dulu assignment tercintaku . Kalau aku bukak jugak aku akan dapat buasir . Ini serius . Jangan nak perlekehkan kemampuan aku untuk sahut cabaran ni . Orait , sehingga bertemu semula lusa nanti . Selamat malam pagi kalian !















*WWuUaaAAA !!!!!! Nak blogwalking lagi !!!!!!! T____T

Saya Blogger Si Dara !

Ehem-ehem lagi...... :p

Tadi singgah page Blogger Tercinta . Pastu baru ternampak admin ade buat segmen ni . Ishh , macam mane laa aku bole terlepas pulak . Sedey je   -____- .  Ok , kali ni admin Ainna Jalil suruh buat 1 entry yang bertajuk Saya Blogger Si Dara . Unik pulak tajuk tu aku rasa . Hehee . Cik Ainna mintak listkan 5 keistimewaan blog kita dan 5 kelebihan join Blogger Tercinta ni . Orait , rasanya dah bole start kot merepek meraban pasal ni . Kuikui :p

5 keistimewaan blog Chokot Cakap !

-------> Okeh, 1st skali aku rasa tajuk blog aku kot . Yela , nama Chokot tu takde orang pakai lagi setahu aku. Ekceli , Chokot tu nama glamer aku time kecik-kecik . Taknak laa story lebih-lebih . Malu ^^ . HAHA !

-------> 2nd maybe blog aku ni simple je kot . Tu yang special sikit sebab aku tengok blog laen sume wane-wani + ade banyak liplap-liplap . Blog aku ni cokolat je yang ade .

-------> Blog ni lebih kepada personal life aku . Yela , aku pun baru lagi berblogging ni . So, entry pun ciput lagi . Tapi next-next time aku akan selit sesi motivasi or isu semasa . Keep my words !

-------> Takde header yang besar-besar tu .(eh , tu keistimewaan ke ?) Ah , biaq pi laa . Even orang laen rasa aku ni sadis sebab tekde header blog tapi aku rasa tu yang special kat blog aku ni . -_____-

-------> Blog ni takde autoplay lagu-lagu yang bole buat korang sakit jantung, paru-paru dan limpa . Aku pun stress kalo bukak blog orang tetibe klua lagu . Terkezut mak nyah ! Hee ~ So, korang akan selamat apabila singgah kat blog buruk Chokot Cakap ni . :)


5 kelebihan join Blogger Tercinta !


  • Sebab yang 1st mestilah coz boleh promote blog Chokot Cakap ni . Saya berkata jujur ni cik admin.. :p
  • Boleh berblogwalking kat blog orang laen yang chantek-chantek sumenya !
  • Dapat kenal dengan blogger-blogger yang ramah tamah
  • Boleh baca entry-entry yang mantop yang dipost oleh sekalian blogger
  • Dapat hilangkan bosan  bila join segmen-segmen macam cik admin Ainna Jalil buat ni ..
Orait , tu je kan ? Makno eh dah settle laa ni ...Eh , lupa 1 benda ! Jangan malu-malu nak join Blogger Tercinta ni . Terbaek dari ladang wa cakap lu ! Meh klik kat bawah ni kalau nak join .Siapa tak klik dapat buasir ! Eh , taklah.. Gurau je . Hehee~ 

Friday, February 4, 2011

5 Fakta Tentang Saya 5 Fakta Saya Tak Suka !

Ehem-ehem ! Nak maju setapak ni . Boleh tak ? Hehee ..

Baru semalam aku join group Kami Si Blogger kat Fb . So, nk join laa penyertaan yang diorang buat ni . Saje takde koje . Al-kisahnya pasal tajuk kat atas tu . Tanpa membuang masa lagi mari kita cek cek cekidaud 5 Fakta Tentang Saya 5 Fakta Saya Tak Suka !

5 Fakta Tentang Saya !


  • Satu-satunya nama dalam family yang takde pangkal depan . 2 orang akak aku ade Siti & Nur kat depan nama diorang . Adik aku pun ade Mohammad kat depan . Tapi aku ? ATIKAH sahaja ok ! T_T
  • Gemok ! Ye, aku mengaku pasal ni . Dalam gambar nampak fotogenik je tapi hakikat yang sebenar aku ni GEMOK . Sobss sobss .....
  • Sangat penyabar . Betol , tak tipu punye ! Macam mane teruk pun orang buat kat aku paling-paling pun aku nangis je . Tak sampai hati kot nak pegi serang . -__-
  • Memiliki hidung yang mancung . Hikhik ~ malu laa plak nak cakap pasal ni tapi tu laa yang 1st skali orang nampak kat aku . Padahal aku rasa lebih kurang je hidung aku dengan orang laen .
  • Sangat suka beli baju even susah gak nak jumpa yang sesuai . Baju aku memang sikit , korang tengok pun mesti simpati dengan aku . Hakhak ! Tak tau laa mana pegi baju-baju yang aku beli tu . Balik-balik pakai yang sama jugak . Adess -___-

5 Fakta Saya Tak Suka !

  • Tak suka orang yang kecoh-kecoh macam laa dia sorang je yang hidup kat planet Bumi ni . Grrr ~ Tension seyh kalau jumpa orang macam ni . Tak bole ke buat rilek je ?
  • Tak suka makan lauk yang manis-manis . Nak terloya kalau makan . Bagi aku lauk kalau tak pedas memang tak nikmat mau makan . Tak percaye ? Cubalah ~
  • Tak suka tengok perempuan yang terhegeh-hegeh kat lelaki . Hello ! Tak perlu laa nak bergantung sangat kat lelaki . Kita perempuan pun boleh hidup laa . Tak mati pun kalau takde lelaki dalam hidup . Sunyi je laa kot sikit . Hehee ~ 
  • Tak suka dengar lagu yang jerit-jerit tu . Especially lagu English laa . Lagu Melayu stakat ni bole telan lagi kalau jerit-jerit .
  • Tak suka orang yang hipokrit . Depan kita cakap laen , blakang kita putar 360 darjah pulak . Apekejadahnya sume tu ? Tak paham betol aku .

5 Mengenai Kami Si Blogger !

-----> Saya suka Group Kami Si Blogger kerana :

  1. boleh kenal dengan blogger-blogger laen .
  2. boleh tukar pendapat & mintak tolong dengan blogger-blogger otai
  3. boleh mempromote blog Chokot Cakap yang hampeh ni -____-
  4. boleh hilangkan bosan & isi masa lapang dengan borak-borak with other blogger .
  5. group ni sangat sempoi ,cool & senang nak communicate dengan blogger laen tanpa banyak soal !
Okeh , Done ! Tu je yang otak aku mampu bagi stakat ni . Oleh itu , apa tunggu lagi ?




(^____^)

Wednesday, February 2, 2011

Assalamualaikum , Ahnnyeong-haseyo !

SELF CONFIDENT ! Kenapa aku tetibe je nak cakap pasal benda alah ni  ? Kau agak-agak ? Hish , tak payah agak laa . Lambat bebeno teman ni . Aku rasa SELF CONFIDENT ni satu perkara yang very the penting yang perlu ada kat semua orang . Cuma depend sebanyak mana confident tu ada dalam diri masing-masing . Ok laa , aku nak share sikit tips yang boleh di'apply' kalau anda rasa SELF CONFIDENT (taip nak caps lock je kan -__-) anda berada pada paras bahaya . Sikit tu maksud aku memang sikit ok . 4 je . Ok laa tu kan . :))


  • 1---> Jangan tengok pada kekurangan yang ada kat korang tapi tengok apa keistimewaan korang . Aku suka nak bebel pasal ni .Sebab aku pun salah sorang yang sangat suka fikir aku adalah satu-satunya orang yang takde kelebihan kat dunia ni . Sebenarnya kalau kita tengok weaknesses (camtu ke eja ? ntah :p ) kita kompom-kompom laa boleh down gile . Sebab rasa rendah diri tu akan muncul ntah dari mana hala ntah untuk buat kita jadi murung , sad & adik-bradiknya la .Kalau aku , aku selalu rasa rendah diri dengan penampilan aku. Al-maklum la aku ni bukan tergolong dalam golongan gadis-gadis pilihan jejaka. Setiap kali nak keluar mesti rasa "arghh ! stress~" sebab self confident agak low. So, aku rasa better tengok apa kelebihan kita sebab by that way kita akan mampu tersenyum sejenak memikirkan "wah , tak sangka aku sebenarnya macam tu ek! " (cewahh ! >.< )
  • 2---> Hargai diri sendiri sebab kalau bukan kita siapa lagi nak appreciate kan ? Setiap kali korang berjaya lakukan something  , bersyukurlah kat Allah. Sebab korang dah mampu buktikan pada diri sendiri yang korang memang the best . Kadang-kadang kita tak perlu nak buktikan pada orang laen setakat mana pencapaian kita . Cukup dengan buktikan pada diri sendiri dah boleh buat korang rasa lebih yakin untuk hadapi dunia penuh pancaroba ni .
  • 3---> Lebihkan pergaulan dengan orang lain . Pedulik laa kalau orang taknak start dulu berbaek-baek dengan korang tapi make sure korang ada inisiatif untuk buat macam tu . Kera sumbang ? Oh man ! Kalau boleh jangan laa tergolong dalam spesis tu ye sayang .And 1st step untuk mulakan adalah dengan senyuman . Tak susah pun . Free pulak tu .Ape ade hal kan ?
  • 4---> Tak payah nak terlalu fikirkan sangat pasal komen negatif orang lain kat korang . Korang ada akal kan ? Dah boleh fikir sendiri kan mana baek mana buruk ? Kalau komen tu membina , then take it as something that can motivate you untuk jadi lebih better dari sekarang . Tapi kalau komen macam haram , kutuk sana , komplen sini  better pekakkan telinga laa i think .
Orait , itu saje laa yang boleh aku share . Yela , aku punya SELF CONFIDENT pun bukan mantop sangat pun kan . Ni nak advise orang pulak . Watdehell betol . Till then , take care guys ! :)

Aku Wujud Ke Ek ?

Ni entri bodoh . Kalau nak baca jugak jangan menyesal . Ingat , aku dah warning awal-awal . Jangan nak salahkan aku kalau korang dapat dosa sebab sumpah seranah aku nanti .


 Pernah tak satu saat korang rasa seolah-olah takde orang yang pedulikan kewujudan korang kat dunia ni ? Ataupun pernah tak korang rasa kalau korang ade ke takde sama je . Takde siapa pun yang kisah . Pernah tak ? Takyah malu-malu nak bagitau laa . Dengan aku je pun , ape ada hal . Kalau tanya kat aku , jawapan aku adalah SELALU ! Sedih kan -___- . Tapi tu laa pasal . Nak buat camne . Aku selalu rasa macam tu . Bukan sebab aku takde kawan or aku ni jenis kera sumbang ke wateva , tapi entah laa . Kadang-kadang biol gak otak aku pikir pasal ni . Kenapa ada masa aku rasa yang orang macam malas nak layan aku ? Kenapa ada masa aku rasa yang kalau aku nak beramah mesra dengan orang lain macam takde respon je ? Kenapa ye ? Boleh tolong bagitau sikit tak ? Memang muka aku ni tak boleh nak campur orang ek ? Ke sebab orang yang alergik sampai susah betol nak mesra dengan aku ? Tak pun sebab aku bukan Miss World kot ? Ke sebab aku tak cun melecun macam Lisa Surihani ? Aku rasa betol kot . Memang orang tak pandang muka biasa-biasa macam aku ni .Haishh , macam pasrah pulak bunyinya . Huhu -,- . Aku bukan laa nak prejudis dengan siapa-siapa . Tapi tu laa . Kadang-kadang macam sadis je aku rasa . Aku suka nak kawan dengan ramai orang tapi tak tau laa kenapa hajat tu macam susah je nak makbul . Memang laa aku admit yang aku bukan jenis yang banyak mulut sangat tapi takde laa sampai kategori pendiam gile babi . Siapa yang kenal aku je yang tau kepala otak aku ni macam mana .  Aku boleh jadi orang yang sangat gila & sewel , tapi aku jugak boleh jadi orang yang sangat pendiam . Tapi tu tak bermakna aku ni susah nak dibuat kawan . Sedih laa macam ni . Tengok orang lain senang je nak rapat dengan orang yang baru kenal tapi aku orang tak kenal pun . Macam terhegeh-hegeh pulak dah statement aku ni . Ok , salah . Actually, aku nak cakap takde orang yang cuba kenal aku (macam sama je kot dengan ayat tadi ?) . Memang aku ada ramai jugak member-member yang satu kepala dengan aku tapi still aku rasa macam ada yang kurang . Tu laa manusia kan ? Tak pernah nak bersyukur dengan apa yang ada . Aku rasa aku dah boleh stop kot semakkan otak aku ni dari pk benda alah yang tah hape-hape ni . Bukan boleh dapat char kue teow pun kalau pk . Ok , STOP !